Rabu, 29 April 2009

Cikgu oh cikgu...

Ini hanyalah sekadar pandangan saya dr sudut seorang guru. Di mana2 pun kita terikat dengan peraturan hatta hendak ke toilet skali pun. Di sekolah saya terdapat seramai seribu lebih pelajar. Ada antaranya adik beradik jd anggaran ibu bapa pelajar adalah lebih kurang 3-4ratus org. Guru di sek jum nya 60l ebih. Bukan jumlah guru atau ibu bapa yg ingin diperkatakan tapi hanya tentang isu pintu pagar sekolah.

Biasanya pintu pagar pelajar akan ditutup pada pukul 7.15 pg dan pelajar perlu menggunakan pintu pagar utama dengan pgawasan guru dan pengawas2 sekolah. Pernah beberapa kali guru dan pengawas dimarahi oleh ibu bapa yang mhantar anak ke sek kerana ank mereka diambil namanya kerana datang lewat bukannya dirotan. Alasan ibu bapa pelajar tersebut, masa masih terlalu awal jd bukan salah anaknya datang lambat. Memang kelas bermula pada pukul 7.30 pagi tp pelajar dikehendaki beratur seawal jam 7.20 untuk dicatat kehadiran dan mdengar pengumuman oleh guru2. Itu adalah peraturan sekolah yg telah pun diketahui oleh para pelajar seawal mereka menjejakkan kaki ke sek ini.

Memandangkan peraturan itu kita yang tetapkan jadi atas sebab kita menghargai ibu bapa yg "memberi pandangan dengan penuh berhemah tu" , jadi pihak sekolah lewatkan sikit waktu sehingga 7.25 pg. Selang seminggu leps tu, ada lg ibu bapa yg tel pihak sek marah2kan cikgu. Kenapa....alasannya anaknya takut ke sekolah sbb ada cikgu yg jaga pintu pagar, jd anknya tak nak ke sekolah. Jadi cikgu2 memantau dr jauh xder lah menunggu depan pintu pagar. Ada lg rupanya ibu bapa yg tak puas hati. Kali ni kes nya, kenapa tiada guru yg menjaga pelajar di pintu pagar ....pulak.....Jadi bayangkan lah sekiranya anda ditempat kami sebagai guru, buat salah xbuat salah. Sama macam cerita seorang lelaki, ank dan seekor keldai tua. Sekiranya nk puaskan hati ibu bapa yg jumlahnya 3-4 ratus org mmg tidak mampu kami laksanakan melainkan ibu bapa bersama2 kami menyelesaikan masalah yg timbul bkn dgn tanpa perbincangan marah2 dan mpertikaikan setiap peraturan yg telah ditetapkan. Kami juga bhadapan dengan bukan 10 bkn 20 orang pelajar sehari tapi setiap hari seorang cikgu akan berurusan dgn lebih kurang 160 pelajar dengan 160 kerenah.

Tidak semua ibu bapa seperti yg saya sebutkan di atas tp sekiranya setiap peraturan dan urusan guru disekolah sering dipertikaikan oleh sesetengah ibu bapa dgn cara yg tidak sepatutnya, mcm mana kami nk menjalankan tugas kami dengan sebaik mungkin. Guru pada zaman sekarang bukan seperti guru pada 10 tahun dulu, bukan juga seperti guru 20 tahun dulu yg sentiasa mdapat sokongan penuh ibu bapa. Sebenarnya Guru jua manusia biasa yg banyak kelemahan. Kami juga melakukan kesalahan...maklum sajalah berurusan dengan pelajar2 zaman sekarang yg penuh dgn cabaran, kadang2 mgundang tekanan dan ketidakstabilan emosi. Ibu bapa jua kadang2 hilang pertimbangan bila bhadapan dengan kerenah anak2, jd itu lah yg kami hadapi sebagai guru/pendidik setiap hari selama 8jam bhadapan dengan pelajar2 tidak termasuk aktiviti selepas waktu sekolah.

Seperti yg saya katakan tadi, ini hanyalah pandangan saya dari sudut seorang guru. Sekiranya ada yg terguris hati membacanya, saya minta maaf.

Kembar........

Saya sentiasa jek terkena ngan kes si kembar ni...td masa tgh syok2 mgajar tiba2 ada sorang pelajar india ketuk pintu n masuk ke kelas saya. Bila dia masuk dlm kelas, saya terus soal dia kenapa masuk lambat, dah lewat 20 minit ...tiba2 satu kelas gelak. Saya tanya la kenapa, rupa2nya itu si kembar kepada Sasitaran bdk kelas saya huhuhu...kontrol ayu jap cikgu dlm kelas. Muka mmg sebijik...xder beza langsung, kembar seiras katakan. Dia datang nk amik buku ngan kembarnya. Saya lak terus soal bdk tu coz mmg pasti sgt bdk tu pelajar kelas saya, rupa2nya sasitaran ni ada kembar.

Lagi satu kes 2 tahun lepas. Masa tu saya masuk kelas tuk gantikan kawan yg berkursus. Saya mmg kenal lah ngan bdk yg sorang ni, suka sgt merayau satu kelas. Saya suruh la dia duduk n buat kerja yg saya suruh. Tgh2 syok menulis, saya tgk bdk 2 tgh tersengih2 dpn pintu kelas n siap lepak2 kt koridor kelas. Saya apa lg, jerit la.......Amirul masuk kelas..kan cikgu dah cakap jgn keluar kelas tanpa kebenaran ...bla bla bla....tiba2...cikgu Amirul kat belakang ni, tu kembar dia Amirullah...kes naya. Tp saya tetap kontrol ayu n cakap sapa suruh awak dok mlepak kt kelas saya, padan muka awak xpasal2 kena marah...dah masuk kelas awak n dgn selamba sambung menulis....yg budak2nya apa lg bantai gelakkan cikgu ramai2...nasib2

Sabtu, 25 April 2009

Sekadar Luahan Hati...

Ingatkan nk masukkan gambar2 g camping ngan bdk tp atas sebab2 tertentu rasa xder hati nk bergambar. Banyak sgt mslh timbul yg myebabkan kami yg spatutnya turut sama dlm camping tu xdpt nk beri kerjasama sepenuhnya. Mslh wujud dr awal lg hingga kmuncaknya pada hari ini yg mmg buat saya rasa sakit ati sgt. Bkn ngan bdk2 tp sikap pilih kasih orang2 tertentu yg berkuasa mbuat kptusan tanpa memikirkan baik buruknya kptusan yg diambil. Sebagai org bawahan kami mmg menurut perintah tp kualiti n komitmen kerja dah xsama.

Kami dilabel sbg org yg ingkar perintah hanya sbb ada antara kami berusaha untuk mengikut prosedur bg mgelak mslh jangka panjang yg mungkin timbul. Mmg kadang2 org ppuan nih leceh sbb kita sentiasa terikat ngan prosedur kerja. Kita terlalu risau skiranya tidak diikut akan myusahkan semua org. Tapi berbeza ngan kaum adam yg bg mereka asal boleh....sbb tu kdg2 leceh berkerja ngan ladybos...tp skiranya dpt org atasan kaum adam yg hanya tahu mgarah dan myerah tugas ditambah lg hanya mjaga org2 bawahan yg tertentu sahaja, ditambah lg ngan sikap miang yg teramat siapa yg boleh tahan.

Bersikap adil lah selagi mampu sbb kita bekerja bersama, memerlukan komitmen semua pihak. Bukan memilih bulu...yg kita suka yang agak 'bergetah', 'bergedik' diberi tugasan yg ringan yg tak membebankan dah diberi pelepasan atas segala jua alasan...yg dah hilang getahnya, yg xpandai mlayan n yg xcukup mesra alam...apa jua alasan mmg sentiasa ada sahaja jawapan slagi boleh untuk menolak permintaan yg diajukan . Stakat sorang dua yg myuarakan ketidakpuasa hati mmg itu mungkin sbb kita sendiri yg merasakan ketidakadilan terhadap diri kita, tp sekiranya yg dah myuarakan hampir 70% tak termasuk lg yg terkunci mulutnya sbb mrasakan diri xlayak bersuara (masih baru bekerja)...bermakna there must be something wrong somewhere. Bukan menunding jari pada sesiapa tp skadar meluahkan rasa ketidakpuasa hati...xelok dipendamkan jd hari ni sahaja saya dah bercakap pasal isu ini rasanya dah berkali2...lps sorang sorang kwn yg call membincangkan isu yg berlaku di tapak pkhemahan.

Saya spatutnya bmlm disana..dah siap dgn sgala klengkapan tp apabila sampai saya hanya mampu bertahan dr pg sampai tgh ari sahaja dan terpaksa ingkar perintah kerana merasakan kami xlayak untuk dilayan sebegini...bkn tidak layak tp rasanya tidak adil. Tidak boleh nak ceritakan ngan detail coz mjaga hati pihak2 tertentu. Lg pun siapalah kita untuk mgatakan itu betul dan ini salah....saya skadar meluahkan rasa dari sudut pandangan saya sbb saya amat2 sedar bahawa kita bukan lah manusia sempurna yg tidak pernah melakukan kesalahan. Saya muhasabah diri...yg baik jadikan tauladan yg buruk jadikan sempadan.

Sabtu, 18 April 2009

Anak didik..

Inilah antara ank2 didik ku yg pelbagai ragam n telatah. Kadang2 buat haku hangin satu badan tp kadang2 tu boleh buat aku tersenyum meleret ngan kerenah mereka. Yang ni bebudak tingkatan 1 tu yg agak baik sikit lam kelas..diam n kusyuk buat kerja sampai cikgu amik gambar pun xperasan. Yang ni bebudak kelas 1E, tp baik2 budaknya. Suruh buat kerja, diam jer dah siap baru bercakap. Ada la jugak sambil buat sambil bercakap tp xder lah bising sangat n suka bertanya. Kadang2 xmenang mulut nk mjawap soalan diaorg nih. Bdk2nya pun kiut miut jer hehehe


Yang ni bebudak kelas 1A, kelas pandai ler...tp mmg diaorg ni baik..kalau buat aktiviti dlm kelas mmg diaorg buat n bg komitmen. Sbb tu suka buat aktiviti ngan diaorg nih disamping belajar cara talk n chop
Saje nk masukkan gambar diaorg nih....n hasil kerja mereka yg cantik sgt2..yg cantik...yg boleh tahan n yg xtahan mata melihatnya tp dlm nih tunjuk yg the best je lah. Hasil kerja ni tuk subjek sejarah bukan lukisan. Saje nk mereka enjoy sbb masih di alam kanak2.


Ni lah dia hasilnya...lukisannya cantik cuma tulisan agak kecil. Buat permulaan oklah...mmg boleh dipuji hasil kerja mereka nih.












Yang 2 nih drpd pelajar 1B, pelajar perempuan. MMg dapat pujian n rakan2 pun tepuk2 tangan bila tunjuk hasil kerja mereka yg cantik.

Jumaat, 17 April 2009

Kerja...kerja....kerja

Busy sgt bln nih....nk jenguk blog sendiri pun xnyempat. Malas nk upload gambar. Ada la mgu lps buat aktiviti ngan bdk2 tingkatan 1, sempat la dlm kelas tu snap gambar curik diaorg tgh tekun buat kerja (sbb cikgunya agak garang hehehehe ) n gambar2 hasil kerja diaorg nih. Nanti2lah if ada masa saya upload. Emmm esok ari sabtu pun kena g sek ada kursus huhuhu...dah la mgu lps pun sek ari sabtu, mgu ni pun sek gak, mgu depan lg la..kena g jaga bdk2 camping lak. Ni lah nasib cikgu yg masih single cam saya nih. Kadang2 tension gak tp apakan daya....saya yg menurut perintah.... tp kdg2 protes gak hehehehe tunjuk muka sposen or muka singa lapar hahahahaha kasi semua org kecut perut.
Adoiiiiiiiiii...mgu dpn ada ujian lg, masa2 busy bg saya coz jd s/u peksa...masa peksa la masa yg saya xleh nk dok goyang kaki. Pastu bln dpn peksa lg...mid year exam, lg busy n penat nk mguruskan kertas soalan setara. Tambahan lak masa peksa dekat sbulan gak coz mgu ke 3 bln tu x exam sminggu mberi laluan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah yg akan disambut kt P.Gudang. Mesti ramai cikgu2 yg terlibat, maklumlah P.Gudang jd tuan rumah. Jd sek2 sekitarnya mesti terlibat dlm persiapan ni.
Mata mmg dah xleh nk bukak ni...baju x iron lg, pg esok lah dah penat sgt2 nih. Sempat lg sikit nih nak cerita sikit lg...hehehehe...nak jugak cerita. Td blk sek g baiki kete, pintu kete buat hal lg, masuk kali nih rasanya dah 3 kali g kedai tu nk baiki pintu kete. Tp bkn nak crita sal pintu kete tp pasal g shopping hehehehe...niat dihati just nk g beli selendang jer, dah lama nk cari selendang berbunga nk padankan ngan baju kurung yg satu ni. Tp biasalah...bila dah sampai kedai tu, mula lah mata nih xtahan tgk baju cantik2. Alih2 tersangkut gak ngan sepasang baju kurung moden berbunga2 warna biru (huhuhu abis duit aku).....susah nk dapat saiz 36 (xs...saiz saya lah tu)..pikir punya pikir dlm kekeringan tuh amik gak ler takut mlm2 termimpi lak. Dlm penat2 pun sempat lg balik jahitkan manik tambahan kt baju tuh. Cadangnya baju tu nk pakai Sambutan Hari Guru nanti tp xtaulah kot2 xsabar2 lak nk tgu ari guru tuh...hehehe.
Mmg kali nih mata dah xleh tahan2 dah...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....masuk tido dululah. Sambung berblog esok lah masa Kak Yana buat In House Trainning hehehehe.

Jumaat, 10 April 2009

Koleksi POOH...



Ni adalah koleksi buku2 POOH...ada buku masa dok kt UPSI lg beli sampai skrg xguna...sayang nk guna, nama lg koleksi. Bantal tu pun dah lama tp xingat bila beli....mug tu pulak kwn yg kasi masa besday sbb dia tau saya suka POOH. "Mouse" yang cute miut tu br je beli thn ni...."mouse" tu mmg gunalah tp kalau rosak pun boleh simpan jadi koleksi sbb tu beli.




Ini pemadangan dalam kenari saya...penuh ngan POOH. Masih lg mencari material nk penuhkan kete nih hehehehe. Kat belakang belum ada lg bantal apa tah nama nya tuh...yg ada POOH baring tuh...susah sangat nk jumpa. Dah lama mencari tp masih belum ku temui....yg melekat kat cermin tuh tempat simpan CD. Sbb POOH saya beli tp CD xsimpan kt situ pun...ada lah skeping dua yg lain2 dlm "CD Changer". Bunga pun warna merah n oren...ikut tema kereta.






Ni pulak almari yg dah sarat sgt ngan baju2 kurung n kebaya. Maklumlah jd cikgu...koleksi baju kurung tu kena lah banyak xnak bdk2 jemu. Nanti bdk2 ngumpat kita kt belakang hehehehe...mcm kita dulu2 masa sek dok asyik bcakap psl cikgu jer...kadang2 ler bkn 'sokmo'.

Koleksi Brooch Kesayanganku


Inilah antara brooch kesayangan saya. Bentuk yang paling saya suka kebanyakkannya bentuk bunga, bentuk hati n rama-rama. Harganya pun xmahal kira berpatutan. Kalau mahal2 sangat saya xkan beli hehehehe sayang duit tu kecuali kalau dah betul2 berkenan sampai g kedai tu berulang kali nk tgk.....alih2 nanti saya beli lah. Saya biasanya beli brooch kt kelantan, kt pasar MPKB n kalau rajin g cari brooch kt pengkalan kubor. Tp kt Pengkalan Kubor xbanyak brooch walau pun harganya murah2. Kat pasar MPKB lg banyak pilihan naik rambang mata...beli banyak2 nanti dia bg harga lg murah.




Brooch ni lah saya beli kt pasar MPKB. Cantik sangat sbb tu beli banyak. Separuhnya saya jual kt kwn2 sek sbb ada yg kirim suruh belikan. Ni kira saki baki lah...warna yg cantik2 semua dah diambil orang.








Ini pulak koleksi brooch berantai. Masa mula2 beli harga mahal, masa tu br jer keluar brooch jenis berantai...tp sbb berkenan belilah jugak warna pink, purple n hitam. Yang manik2 berbunga tu brooch berantai yg buat sendiri hehehehe...ramai yang berkenan...bangga rasanya kejap sbb mmg xjumpa kt mana2 kedai. Asalnya daripada rantai tp saya ubahsuai jadi brooch berantai. Brooch ni yg saya selalu pakai g sek sbb lain dr yg lain. Terasa kepuasan diri bila pakai barang yg kt buat sendiri. Ada jugak kwn2 yg berminat n suka ngan brooch tu jd saya ajarkan mcm mana nk buat sbb senang aje nk buatnya. Lgpun harganya pun murah. Ini aje koleksi warna yg ada...kalau ada lg warna lain mmg saya beli n menambah lg koleksi sedia ada.