Selasa, 19 Oktober 2010

DuNia aKHiR ZaMaN....


SaLaM....
Sudah lama tidak meninggalkan jejak di sini lantaran kekangan masa. Namun malam ini terasa ingin meluahkan rasa hati, berkongsi pengalaman dan bersama kita fikir-fikirkan. DuNia aKHiR ZaMaN....terasa tersiat hati bila terkenangkan peristiwa yg berlaku sepanjang hari di sekolah. Bukan kerana hati dilukai kerana pelajar sewenang2nya berlagak bodoh sombong, kurang ajar dan kurang budi pekerti dalam menuntut ilmu, bukan jua terasa hati bila ibu bapa datang mempersoalkan tindakan guru terhadap anak mereka...kerana kami sedar kami jua manusia yg tentunya ada 1001 kekurangan.

Namun yg tersiat hati ini bila generasi peneraju masa depan galak memuja duniawi semata tanpa sedar akhirat itu sesuatu yg pasti. Panjang lebar mukaddimah, sebolehnya ingin mencoretkan sebaik2 perkataan agar tidak terlalu terikut2 emosi. Ceritanya bermula bila dihening pagi kami dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar perempuan diserang histeria. Kebelakangan ini memang kerap berlaku pelajar diserang histeria tetapi terkawal dan sekadar tangisan serta pelajar yg pengsan sahaja. Entah kenapa hari ini serangannya agak diluar kawalan bila ianya berjangkit. Dari seorang menjadi 3, dari 3 akhirnya menjadi lebih kurang 25orang atau lebih.

Apa yg dikesalkan sebenarnya, dalam kekalutan guru dan pelajar2 menolong mereka yg terkena histeria dan pelajar2 yg menangis ketakutan (pelajar perempuan), sebilangan pelajar lelaki @ selayaknya digelarkan JANTAN bersiulan gembira dan menganjing2 kan pelajar2 tersebut layaknya seperti anjing. Menjerit, melolong, ketawa.......masya Allah, astagfirulallahalazim......terasa tercabar kewibawaan sebagai umat islam kerana mereka2 ini adalah dikalangan umat islam. Tidakkan mereka bersimpati dengan nasib sahabat sendiri yg ditimpa musibah...tapi yg berlaku, mereka berpesta berkejar kesana sini melihat rakan2 yg menjerit, menendang2, mengelupur....hanya satu tujuan. Sama2 meyambung jerit pekit rakan yg diserang histeria dan ketawa sesama mereka. Ya Allah....bukakanlah hijab hitam yg menyelubungi hati mereka ini yg bakal menjadi peneraju masa hadapan, yg bakal menjadi pemimpin keluarga, pemimpin negara.

Bukan ingin meringankan beban dengan membaca barang sepotong ayat al-quran... malahan menambahkan lagi bilangan pelajar yg diserang histeria kerana perbuatan mereka. Mereka seolah2 menyeru hantu syaitan dengan lolongan, siulan dan gelak mereka itu.Dunia akhir zaman.......Terlafaz jua kemarahan pada mereka ini namun cepat2 sedarkan diri sbb amarah itu bakal mengundang lagi kegembiraan iblis syaitan.

Bagaimana mahu menjadi pemimpin keluarga kelak jika sedemikian rupa perangainya.... sudahlah ilmu dunia cetak, ilmu akhirat langsung tiada yg berbekas di hati....masya Allah. Tidak terluah sesalan di hati sebab sedar kekurangan diri yg ilmu agama bukan tinggi menggunung, iman senipis kulit bawang namun bersyukur yg amat sekurang2nya ibu bapa saya telah memberikan saya ruang untuk mendalami ilmu agama utk menjadi benteng diri. Kiamat sudah dekat....itulah hakikatnya walaupun saya sendiri belum penuh ilmu di dada untuk menghadapi hari perhintungan kelak. Semoga Allah menerangi hati mereka yang kelam dan gelap gelita ini. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka, ibu bapa mereka serta kami semua selaku pendidik mereka....amin.




Rabu, 6 Oktober 2010

SHaRiNG iS CaRiNG.....

JODOH


“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan” Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinanberlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga.

ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil

iii. Pasangan ideal dalam erti;- bersikap baik terhadap isteri- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat- menerima kekurangan dan kelemahan isteri- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu- dapat menjaga kewibawaan isteri- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri

iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak

v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Memang rumit membahas perkara berkaitan ketentuan dan usaha yang perlu manusia lakukan dalam membentuk sebuah ketentuan. Dalam kata lain, Ketetapan atau ketentuan Allah SWT telah termaktub sejak azali lagi. Manusia pula yang meyakini hal ini kadang-kadang lupa sehingga terlalu hanyut dalam kemampuan dan usaha sendiri sehingga dengan sengaja atau pun tidak, sedar atau pun tidak, mereka melanggar batasan-batasan Allah.

Jika kita yakin bahawa jodoh di tangan Allah, mengapa perlu kita berusaha sehingga melanggar batasan yang telah Allah tetapkan. Pada akhirnya apa yang berlaku semuanya tetap merupakan ketentuan Allah. Bezanya, apa yang terjadi kepada mereka yang mengutamakan batasan-batasan Allah mendapat jaminan pahala dan syurga sedangkan mereka yang gagal menjemput ketetapan dengan mentaati batasan-batasan itu akan menanggung akibat kebinasaan yang akan menjadi penyesalan. Penyesalan yang tiada kesudahan.

Urusan jodoh adalah salah satu sampel nyata yang dapat melatih manusia untuk menggabungkan usaha manusiawi dan tawakkal (penyerahan diri) kepada Allah SWT. Bagaimana ia dilaksanakan? Persoalan yang sukar dijawap dengan tulisan bahkan sukar juga untuk dijawab dengan berbahasan.

Maha Suci Allah SWT yang telah memilih hambaNya sebagai wasilah kepada kebaikan. Maha Besar Allah mengurniakan imajinasi dan ketajaman pandangan seorang hambaNya sehingga karyanya mampu menterjemahkan sedikit sebanyak realiti mengenai takdir, khususnya yang berkaitan dengan jodoh.

Hamba Allah yang saya maksud itu adalah penulis yang namanya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia dan Indonesia. Beliau adalah Ustaz Habiburrahman Al-Shirazy. Novelnya telah meletup berkali-kali di pasaran Indonesia dan Malaysia. Ustaz Habiburrahman dalam filemnya Ketika Cinta Bertasbih berjaya merungkai permasalahan jodoh dengan menghadirkan beberapa bentuk konflik seputar topik itu. Perceraian, poligami, khitbah (lamaran), perkahwinan yang dirancang keluarga, kebebasan memilih pasangan, persyaratan dalam pernikahan, orang tengah, wali dan sebagainya berjaya disampaikan dengan baik melalui filem ini.

Perceraian antara Anna dan suaminya Furqan adalah sebuah penyelesaian yang sangat wajar ditempuh bagi konflik yang menimpa mereka. Perceraian yang Allah SWT perbolehkan itu berjaya diungkapkan sebagai ‘rahmat’ kepada Anna. Khitbah atau lamaran. Dalam Islam ketika seseorang telah dilamar oleh seseorang, maka orang yang telah dilamar itu tidak boleh menerima lamaran orang lain sebelum urusan dan tindak lanjut dari lamaran pertama tadi diselesaikan. Hal ini jelas disampaikan ketika Azam yang sedang sakit membebaskan Vivi dari lamaran yang telah diajukannya. Kesannya, Vivi bebas untuk menikah atau dinikahkan kepada orang lain.

Ketika Cinta Bertasbih ini juga berjaya mempromosikan beberapa cara yang sihat lagi suci dalam mencari pasangan hidup atau mencarikan pasang hidup untuk orang lain. Babak Husna mencarikan jodoh untuk abangnya Azam, atau babak tetangganya memperkenalkan Vivi dan babak Azam meminta Kiai Luthfi mencarikan jodohnya adalah antara contoh yang sangat baik dan sihat yang memang perlu dibudayakan oleh masyarakat. Bahkan babak Pak (Namanya saya lupa pulak) yang menawarkan anak perempuannya kepada Azam adalah contoh yang sangat baik juga untuk dibudayakan dalam masyarakat kita.



Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu..



Ya, Allah..
Sekiranya dia adalah jodohku..
Dekatkanlah aku dengannya..
Sekiranya dia bukan jodohku dan akan memudaratkan diri
Jauhilah diriku dari dia..




P/S : kongsi ilmu drpd sumber FB ustaz aldi mustaffa.