Sabtu, 10 September 2011

BelajarBuat Blog...

As salam.... Selamat hari raya tuk semua yer...hari ni ada acara 3 in 1.. meeting guru, bengkel bina blog n sambutan hari raya. Memang sekarang ni semua benda 3in 1 temasuk ler cuti sekolah baru2 ni yg disatukan ngan cuti hari merdeka dan cuti hari raya. Sekarang ni rakan2 saya tgh gigih dok mewujudkan blog masing2 tp yg kelakarnya masing2 dah tdrlupa password masing2 hehehehe..maklumler sesekali jer buka e-mail. Saya pun bukannya pandai sangat pun, dulu2 create blog guna blogspot just main hentam jer. Oklah yer..dah malas nak berceloteh panjang. Asyik malas jer, apalah nak jadi hehehe. Wassalam...

Rabu, 3 Ogos 2011

BeTuL2 MeNGuJi KeSaBaRaN Di BulaN RaMadHaN..


Assalam......

Sudah terlalu lama meninggalkan dunia blogger dek kesibukan kerja n kemalasan tuk bercerita ceriti itu ini begitu begini :))))

Sbb kena banyakkan sabar dan bertenang, makanya disini sahaja mampu dicoretkan ketidakpuasan hati....yg makin membengkak hahahahhaha ayat hangin xhingat pada hal xder menda pun. Nak marah pun xtahu kat sape.....

Al-kisahnya dalam dunia yg serba serbi dihujung jari nih, semua dia nak kita guna jari jer n menda yg diberi nama komputer n internet @berukband. Adusssssssssssssss naik semak kepala menggunakan sistem SAP tuk isi markah secara online. Dah ler punya teruk server...guna lak satu malaysia, last2 satu benda tak leh nak buat. Nak masuk sistem pun punya ler gila lama nak menunggu....mau berjanggut.

Tak masuk lagi tahap kepeningan ngan aduan2 pengguna yg nak key in markah......dah penuh whiteboard ngan tulisan2 comel memaklumkan apa yg perlu dibuat, tp last minutes jugak baru nak bgtau itu xboleh, ini xboleh. Sabar...sabar ....bulan puasa nih malas nak keluarkan suara yg nyaring bak pontianakremaja. Last2 bawak diri jauh dari keriuhan...lepak sorang2 LAGI BEST :)))). Tenangkan hati n cari penyelesaian......

Makanya dengan ini, tamat ler sudah sesi luahan perasaan. Kembali mengadap sistem yg cam dot dot dot......selamat berpuasa yer semua. Wassalam.....




Isnin, 23 Mei 2011

i'M BaCK.....


Assalamualaikum.....

Oh sudah lama meninggalkan ruangan ini berdebu, bersawang bagai. Entah kenapa 2minggu lps xleh nak daftar masuk ke bog huhuhuhu...lepas tu dah malas nak bukak dah. Tau2 hari ni dah boleh kembali ke blog :))).

Tapi sayangnya idea nak menulis stori mori yg dah basi tuh xder....emmmmm bukan tak der tp kpala otak nih lebih memikirkan sal kerja yg berlambak huhuhuhu. Minggu depan dah nak cuti sek, so cayok cayok.....mesti siapkan sblm bercuti sakan :)))..... oh seronokkkkkkkkknnnyerrrrrrrrrrrrrrr....................

Maka dengan itu tepaksa meletakkan noktah di sini. :))))....wassalam




Ahad, 17 April 2011

BeRTuKaR....


Assalamualaikum.....

Mmg xder kerojo cari kerojo lah nih hehehehe. Nak tukar nama okess...ayu tetap ayu tp drpd CiKGu Ayu dan bertukar jadi Miss Ayu hahahahahaha..

Naper yer????...sesaje jer, takut nanti apa2 statement yg kua kt sini dikaitan ngan status CiKGu cam CiKGu sHiDa tuh.....emmmmmmm entah ler. So jalan terbaik adalah tukar nama blog :))). Bebas sikit nak berkarya hahahahhaha....berkarya lah sangat.

Okessss...itu aje nak bgtau. Selamat malam yer :)))

Wassalam...




Selasa, 12 April 2011

SeDiH..MaRaH...GuMBiRa...


Assalamualaikum.....

Diari hari ini

6.45 - sampai sek
7-7.30 - kawalan pelajar di dataran perhimpunan
7.30-8.10 - kelas
8.10-8.50 - sarapan pagi ngan gopoh gapah cam nak tercekik sbb nak buat persiapan tuk amali di makmal ngan pelajar
8.50-10.10 - kelas di makmal ( amali sains )
10.10-10.30 - btugas d kantin
10.30-11.10 - dlm bilik guru ( non-teaching time )
11.10-1.10 - kelas
1.10-1.30 - dlm bilik guru ( non-teaching time )
1.50-2.15 - solat
2.20-2.40 - jaga pagar ( berdiri bawah pokok tgh panas terik sampai ketiak pun berpeluh2...)
3.00 - meeting guru.......

ulasan pengetua: tiada guru bertugas emmmmmmmmmm......

Sabar ler hati...sabarrrrrrrrrrrrrrrr....

Iklas...mmg masa menjalankan tugas tu buat sbb tanggungjawab dan amanah dengan keiklasan hati sbb bekerja sepasukan. Dapat pulak ahli pasukan yang bagus2...alhamdulillah. Tapi hati manusia ni, tambah2 yang bernama CiKGu AYu ni mmg bukan mempunyai kesabaran yang tinggi.....xyah cerita apa yg jadi bila tahap kesabaran menurun.

Kecewa hati terubat sedikit dengan berita gumbira selepas berkhidmat selama 7tahun sebagai CiKGu.....

Pengetua : Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 ..CiKGu Ayu.......
Alhamdulillah, rezeki jgn ditolak.....musuh jgn dicari. Org memberi...kita menerima.

" Ya Tuhanku, jgn Engkau memberikan kpdku dr kenikmatan dunia yang terlalu banyak agar aku tidak melampaui batas laranganMU.. Jgn pula terlalu sedikit sehingga aku lupa kepadaMu. Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi, LEBIH BAIK bagiku daripada yang banyak tetapi melalaikan.♥ Amin "





Isnin, 11 April 2011

DiARi HaRi iNi....


6.45 - bergerak ke sekolah
6.50 - sampai sekolah
7.00 - punch card, amik register pelajar, turun ke dataran perhimpunan
7.10 - kumpulkan pelajar, bg motivasi , amik kedatangan kelas, tanda register kelas
7.30 - kawalan pelajar di dataran perhimpunan
7.45 - Laporan guru bertugas
8.30 - mengendalikan pelajar kembali ke kelas selepas perhimpunan
8.50 - masa tuk sarapan
9.30 - sediakan data peperiksaan tuk dihantar ke PPD hari khamis
10.00 - Melayan bapa pelajar yg dtg mencari anak yg xpulang ke rumah
10.30 - masuk kelas
11.50 - abis kelas..menyelesaikan bayaran yuran pelajar di pejabat, penyerahan borang pembelian t-shirt, menanda buku......
1.10 - masuk kelas
2.30 - abis kelas
2.45 - meronda bangunan, catat laporan kebersihan dan keceriaan kelas
3.30 - menyediakan borang laporan kebersihan utk hari esok
3.45 - bergerak balik umh
3.50 - sampai rumah rasa nak tido, berehat sepuasnya tp kerja xpernah abis....sambung buat kerja. Kertas soalan sejarah, sains.............sebelum tu ngadap blog dulu huhuhuhu....Solat???????????????? offday :P


Realiti hidup insan bergelar CIKGU..........





Ahad, 13 Mac 2011

SeKaDaR PeRKoNGSiaN...


Assalamualaikum.....

Tetiba saya nak mengulas tentang sebuah drama yg pernah saya tengok di TV3. Sangat berkesan dihati saya sbnrnya terutama satu babak dimana seorang suami/bapa yg hidup dlm kemiskinan tapi kuat berusaha dan patuh pada ajaran agama telah memohon dlm solatnya. Pohonnya pada Allah s.w.t..."....berikanlah aku kesenangan/kekayaan walaupun hanya sekejap..". Allah makbulkan doa hamba ini tp disertakan sekali dengan ujian. Xpayah saya ceritakan lebih lanjut sbb apa yg ingin saya kongsikan sebenarnya berkaitan dengan doa yg kita panjatkan pada Allah s.w.t. Doa2 tersebut didengari dan ada yg telah pun Allah kabulkan tanpa kita sedari.

Saya lantas teringat setiap doa tentang jodoh yg saya pohon pada Allah s.w.t. Dan saya kaitkan dengan apa yg telah saya lalui dlm proses untuk mencari pasangan hidup. Alhamdulillah, bersyukur saya pada Allah s.w.t...bukan mahu mengatakan bahawa calon2 yg dtg itu tidak beriman, tidak beragama tp sesungguhnya Allah mahu berikan yg terbaik sebagaimana yg saya pohon pada-NYa. Allah s.w.t sesungguhnya tidak pernah menganiaya hamba-Nya, melainkan diturunkan setiap sesuatu itu dengan sebab dan alasan tetentu disertakan dengan hikmah disebaliknya.

Lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik.....itu janji Allah. Untuk mendapatkan yg terbaik, saya mesti menjadi yg terbaik. Untuk mendapat lelaki yg soleh, saya mesti jadi solehah. Jika yg berlaku adalah sebaliknya....itu adalah ujian yg disertakan dgn hikmah disebaliknya. Bersangka baiklah dengan Allah s.w.t sbb Dia Tuhan Yang Satu tiada duanya, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Yang Maha Mengetahui tentang segala yg tersurat mahupun yg tersirat.

Sesungguhnya apa yg baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yg sebaliknya itu adalah kelemahan saya. Wassalam......