Sabtu, 14 November 2009

PuDiNG CoCTaiL


Ini isi puding, bahan2nya...1 cawan kastad + 5 cawan air n gula secukup rasa. Campurkan dan kacau sehingga sebati. Kemudian masak sehingga pekat n berwarna keemasan (pastikan sentiasa dikacau supaya adunan xberketul). Tuangkan ke dlm acuan n biarkan sejuk.

Dah sejuk n keras, potong bentuk kiub atau apa2 bentuk yg digemari. Boleh jugak ditambah jeli yg bebudak suka makan tu. Menambahkan kepelbagaian n keceriaan puding.

Ini pulak kuahnya...bahan2nya 1 tin susu cair, 2 tin air atau lebih,sirap drpd buah2campuran, 2 sudu kastad, boleh ditambah susu pekat 2,3 senduk, telur sebiji n gula secukup rasa. Campurkan susu cair, air, sirap buah dan gula. Kemudian masukkan kastad dan telur yg telah dipukul. kacau sehingga sebati.Masak sehingga mendidih. Biarkan sejuk kemudian masukkan puding, jeli n buah2an campuran. Sedia dihidangkan...selamat mencuba..wassalam.



Jumaat, 6 November 2009

UsTaZ MeNGaMuK TuMbUk PeLaJaR...

SaLaM..
Baca metro online td..muka dpn sal seorg ustaz merangkap guru disiplin menumbuk budak. Budak tu cakap dia xder buat salah ngan ustaz tu..saya cam xcaya ler tetiba leh seorg guru disiplin mgamuk xtentu pasal. Mesti ada kes tertentu tp entah ler...mungkin cikgu tu dah lama tahan sabar ngan bdk tu, sbb tu tiba2 meletup. Tp kalau ikut mmg ustaz tu xleh ler g tumbuk bdk 2 kan if nk marah mcm mana pun tp yelah sbgai manusia n bukan malaikat, tahap kesabaran tu ada batasannya. Macam saya gak ari ni...tahan sabar dah lama ngan kerenah bebudak yg entah ler...xnk belajar tp asyik dtg sek mendajal jer. Sepanjang 1jam dlm kelas saya tahan sabar jer, kalau ikut nafsu marah mmg saya rasa nk hempuk2 budak tu ngan kerusi, xpun g tumbuk budak tu cam ustaz tu buat. Bayangkan tgh2 peksa, dia leh bergendang, menyalak cam anjing (yg paling saya hangin), berkoko, kacau kwn2 yg tgh jawab soalan peksa, menyanyi, menjerit tiba2...saya bkn reka2 tp itulah apa yg saya alami sejak kebelakangan ini. Sblm ni bdk ni xdatang sek n dah kena buang sbb dtg sek merokok, ponteng, mencuri dan lain2 ksalahan. Buat rayuan n diterima semula...tu yg dtg sek asyik buat hal sbb mmg dia xnak belajar rasanya skadar dtg sek buang masa. Kertas peksa langsung xjawab, dia siap buat kapal terbang. Saya sejukkan hati.."Sabar ayu, hari jumaat..anggap ajer dia terencat akal sbb kalau ada akal dia xkan buat peragai mcm tu masa org lain tgh jawab soalan peksa..sabar ayu..sabar". Mgu dpn saya mmg nk mintak cikgu disiplin yg masuk kelas tu, nk tukar suka sama suka. Saya mmg xtahan dah, drpd saya tambah dosa makin hamun budak terencat akal tu baik saya cari jalan untuk mgelak drpd mgadap budak2 tu. Bukan saya seorg yg tension, kbykan cikgu yg masuk kelas tu mmg tension ngan perangai bdk2 tu. Hampir 50% bdk2 bermslh disiplin dlm kelas tu, mmg boleh naik gila cikgu if xder tahap ksabaran yg tinggi. Sbb tu org kata jd cikgu ni senang dapat pahala n senang jugak dapat dosa. Moga2 saya tabah untuk meneruskan tugas ini sbb ada masa saya rasa seperti nk bhenti jd cikgu. Wassalam...



Jumaat, 30 Oktober 2009

AGAR-AGAR PELANGI




SaLaM...
Saya sbnrnya dah terlupa sal nk tepek resepi ni kt sini..sori. Jadi spt yg dijanjikan inilah resepi tuk buat agar2 pelangi tu. Senang n ringkas jer...if xnak letak warna hijau n merah pun xpe, gunakan serbuk koko or milo. Best jugak....semlm ngan hari ni mkn agar2 tu yg kak In buat guna serbuk koko. Ktorg boikot kantin coz masak xsedap n asyik xcukup jer. So mgu ni ktorg buat potluck n katanya berterusan sampai cuti sek. Sbb tu skrg ni jarang buka lappy kt sek coz makanan tu letak kt meja kak tini, belakang meja saya. Jadi mmg jadi tumpuan ler kt area tu...sambil makan2 biasaler, berbincang sgala macam isu2 semasa hehehe. Oklah...nk sambung main game lak. Wassalam....

Agar-agar Pelangi

6 keping roti
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 biji telur
Bahan2 dia atas - blender
20 gram agar-agar dan 5 gelas air – masak
Campurkan agar-agar dah bahan blender.
Masak sehingga mendidih
Asingkan kpd 3 bekas.
Masukkan warna merah dan juga hijau.
Tuangkan agar-agar merah diikuti hijau ke dalam agar-agar asal(berselang-seli).
Biarkan sejuk.

p/s : Selamat mencuba...



Jumaat, 16 Oktober 2009

aGaR-aGaR MaTaHaRi AyU....


Salam...

Tajuk cam poyo jer....hari ni rajin sikit masuk dapur. Tgk bahan2 tuk buat agar2 dah lama tersadai kt atas peti so ari ni turun padang. Buat agar2 pelangi...tp sbb guna acuan bunga matahari so dah bertukar nama jadi agar2 matahari...boleh gitu. Tp mmg xjadi matahari pun coz pewarna xcukup n masa tuang agar2 xjadi seperti yg diharapkan. Tapi sbb guna acuan bunga matahari jadi hasilnya mengumbirakan hati saya.....seronok. Cuma rasanya kurang manis sikit n kurang elok sikit bentuknya coz ingat tadi dah cukup keras, rupa2nya belum cukup keras sepenuhnya. Takpe lah usaha tangga kejayaan. Jemput makan kekawan.... : ). Wassalam








Khamis, 15 Oktober 2009

TaHu NaHu..


LeBiH BaiK TaK TaHu DaRiPaDa TaHu
TaPi....RaSa NaK TaHu
ApA YaNg KiTa TaK TaHU YaNG OraNG LaiN TaHu
YaNG KiTa TaK TaHu..
BiLa KiTa TaHu ApA YaNg OraNG LaiN TaHu
KiTa LeBiH TeRLukA DaRiPaDa YaNG KiTa TaHu








Selasa, 8 September 2009

Menu Hari Ni..

Salam..
Hari ni xder pic makanan coz terbabas waktu memasak gara2 dok uli n godek buah melaka. Punya ler semangat dok godek buah melaka, tetiba tgk kt sinki...eh naper periuk nasi kita masih lam sinki...hehhehe terlupa masak nasi lah wak. Masa tu dah kul 6.45..kes haru biru sungguh ler. Ari ni masing2 masuk dapur lewat coz semua bantai tido. Kunun2 masakan ari ni simple jer, ikan singam, goreng ikan tongkol, ulam-ulaman n budu.. masuk dapur berlenggang kangkung ler. Terlupa lak ari ni nk buat buah melaka...jadi hari ni berbuka lewat lg, saya siap g solat dulu smentara tgu nasi masak n ikan digoreng. Buah melaka tu ktorg buat byk, jd bg kat jiran kiri n kanan n bg gak kt kak shida coz dah janji. Dua ari lps kak shida bg pulut skaya n saya janji nk bg buah melaka tp masa ptg tu g nk beli kelapa parut n daun pandan, daun pandan xder..xjadi ler buat buah melaka masa tu. Oppps...tadi kan saya bgtau rasa cam nak demam, tp kan bila dah sampai umh..berehat n tido, alih2 dah ok dah. Kt sek tadi punya ler pening kepala, saya bantai tido jer if xder kelas..hidung n mata ni xyah cakap ler. Emmm mungkin ada something kt sek tu kot..hehhehe. Maklum ler dah dekat2 nk cuti raya ni, ader2 jer lah..abis tu dah bangun jer pagi2 perkataan pertama yg kua..."malasssssssssssnyaerrr nk g sekolah"...tu la pasal. Oklah, mata dah ngantuk ni...nk tido dulu. Wassalam..


P/s : Emmm dah lama xdgr pkembangan amalina yg makin kembang tu hehhehhe. Moga2 sihat k na...peluk cium tuk aqlan n also tuk danish....cutenya danish nanti pakai baju melayu :) .



Isnin, 7 September 2009

Tak Tahu Nak Masak Aperrrrrrrrrrrr...

Salam..
Hari ni dah tak tau apa nk masak, kalau ikut cadangan menu tu kira2nya singam ikan tongkol n ikan goreng pedas tp pikir2 bosan pulak. Hari2 ada masak pedas..apa lg yg nk dimasak ni. Lauk yg ada lam peti sejuk rasanya ikan selayang, daging n sotong. Emmm daging goreng kicap, sotong goreng tempura, tak pun kerabu sotong, ikan goreng n sayur goreng. Oklah kut...