Ahad, 31 Januari 2010

MiNNie...PooH...StiCH...

SaLaM....
Hari minggu kepala saya naik pening dok asyik kira kepala so ari ni terus demam. Malam tadi mmg dah rasa xsedap badan asyik batuk, sakit tekak n kepala pusing2 so kul 9.30mlm dah masuk tido xsentuh langsung HEADCOUNT. Hari ni bangun lam kul 9.30 pagi (bendera merah) terus mandi2 n masuk dapur coz dah janji saya yg masak. Tapi sebab ngan keadaan yg batuk2 n pening saya jadi ketua chef jer lah nita n noti yg buat hehehehe...seronokkan ada housemate yg memahami n baik ati.

Lepas jer makan, layan tv jap saya sambung tido lg coz xtahan kepala pusing2 n tersedar bila noti call bgtau nk kua g GIANT. Ghupanya saya dah tido dekat 5jam...kul 12 tido bangun kul 4ptg huhuhu bagus tul ank dara nih. Xdpt join noti n nita coz xlarat sgt so dok umh jer lah.

Masa noti n nita balik....JENG...JENG...JENG...hehehehe dapat adiah@buah tangan. SUKERRRRRRRRRRRR...kami jd cam bebudak balik. Tgk ler apa yg noti n nita beli...untuk saya pun ada....TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

walaupun sekecil ini tp saya sgt2 menghargai n gumbira sgt coz kekwn still ingat kat saya....love u guys so much....TQ noti n nita :)
MiNNie (Noti)..PooH (ayu)...STiCH (Nita)


Xleh nk ngadap lappy lama2 kepala dah pusing lagi....dah makin tua agaknya hua hua hua. Opppssss baru nk masuk 19 tahun.................. plus 10. Minta diri dulu k...wassalam

"FRIENDSHIP IS FOREVER N NEVER CAN END"


Selasa, 5 Januari 2010

PiSaNG DaN HaTi....


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.