Isnin, 27 Disember 2010

MaSa MaKiN HaMPiR...


Assalamualaikum....

Pejam celik pejam celik sudah menghampiri ke penghujung tahun 2010 yer. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Bagaimana yer dengan azam tahun ni?dah tercapai ker semuanya :)))). Saya......alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya tercapai tapi hampir semuanya terlaksana. Walaupun azam tu xditulis secara kontrak, tak dilafazkan secara nyata hanya sekadar detik hati, namun saya bersyukur sbb terlaksana jua niat dihati itu.....syukur alhamdulillah.

Azam yg belum terlaksana saya bawa bersama tahun 2011 berganding bersama azam baru. Jangan sedih2 yer (rujuk diri sendiri )...insya Allah dengan izin-Nya akan tercapai setiap apa yg diimpikan. Berusaha...berserah dan tawakkal = kejayaan ...insya Allah.

Azam saya tahun 2011....ROHAYU LOVE RONDO.....ROHAYU - LOVE - RONDO.....LOVE RONDO-ROHAYU .....3 simple word with a different meaning lalalalalallalalalalalalaa......

Okesss yer, nak siapkan lg tugasan tahun ni n memulakan pula tugasan baru 2011. Wassalam.....






Rabu, 15 Disember 2010

UDaH BeReSS...


Assalamualaikum...

Hari ni pagi2 lg sudah bersiap2 tuk menemani bonda terchinta g pasar borong Kota Bharu pastu g MayBanK tuk buka akaun ASB tuk bonda. Kua kul 8.00 pg sampai ler kul 10.30 okessss n sempat ler menderma duit RM 10 sbb kena saman parking huhuhuhu. Nasib baik 10 hinggit terus g bayar ajer. Masa dlm bank dah terpikir2 dah sal duit tadi masuk tuk 1 jam jer tp masa tu xleh kua takut nak tinggal bonda sesorang berurusan. Mmg dah dok kt kaunter tp makan masa sikit masa dia nk buat buku tuh...tup2 kua rasa semacam ajo bila ado sorang mamat naik motor dok tercegat dekat kete kecil warna merah. Adusss mmg lewat 5 saat jer sbb dia baru siap tulis resit saman xleh nk buat apa dah. Takpe lah nk buat macam mana kan, dah nasib.

Lepas ajo hantar bonda balik, terus pecut g perodua sevis. Dekat 1 jam jugak menunggu...siap aje kete terus pecut balik umh. Cuaca lak tgh panas terik, xder mood nk g jejalan. Sekarang nih dok ngadap lappy...lepas jenguk FB, main game jap pastu singgah sini....pastu hajatnya nk siapkan kerja sikit tp nampak gayanya xder harapan nk siap jugak lagi....huhuhuhuhu xder mood betul nak ngadap kerja nih.

Oklah nk g solat dulu n pastu ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzz.......bestnya :)))). Wassalam....





Rabu, 8 Disember 2010

MaKaN-MaKaN-MaKaN...

Assalamualaikum....

Cuti2 nih mmg kerjanya makan pastu makan n makan lagi. Kalau keluar g teman mak g pasar yg macam2 ado, semua benda nak beli. Tengok semuanya menyelerakan..hari ni saya beli samosa n som tam (betul ker ejaan nih..hehehe). Pastu singgah lg beli keropok, goreng pisang n fish ball. Mak siap tanya saya, "kat johor pun beli makan macam ni ker?"..alih suara yer harap maklum. Mana ada kan, bila sesekali balik kg halaman aje nk makan macam2. Kalau kt johor kuih muihnya emmmmmm xberape nk kena ngan selera saya :).





Oklah yer...selamat menjamu mata :). Wassalam...





Isnin, 6 Disember 2010

SiNaR SaNG SuRiA...


Assalamualaikum....

Hari ini sang suria tidak lagi malu2 untuk menonjolkan diri, bersinar megah memberikan kehangatan pada alam maya setelah beberapa hari bersembunyi dibalik awan tebal :). Hahhahahaha...begitu sekali mukaddimah bila mood tuk mengetuk key board berkobar2.

Walaupun sang suria galak memancarkan sinar sang surianya, namun xder pula keinginan utk keluar menghayati keindahan alam :). Lebih selesa tuk menghabiskan hari2 dengan menjadi surirumah sepenuh masa. Penat memandu, bila disuruh jadi penumpang banyak ragam pulak :). Maybe sbb dah terbiasa menjadi pemandu, bila sesekali menjadi penumpang tambahan lak kena duduk dibelakang...aiyokkkkk, mak naik pening kepala n loya cam nk muntah. Tah apa jenis buang tebiat pun xtahu lah.

Oklah...rasanya nk menjemurkan diri dibawah sinar sang mentari yg galak tp tak garang sangat itussss. Masa tuk menjemur baju2 yg dah kehabisan stok. Minta diri dulu....wassalam.

SMS BeRaNTai....


Assalamualaikum.....

Pernah tak kamu terima msg sms berantai...." bla bla bla...kirimkan kpd 9 rakan anda dan esok anda akan terima berita gembira. Siapa yg tidak menghiraukan msg ini maka akan mendapat nasib buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9sen kerana Allah......bla bla bla...". Sangat mendukacitakan bg sesiapa yg masih percayakan benda2 KHURAFAT seperti ini yg mmg telah terbukti dan diperdebatkan sejak zaman dulu2 kala lg yg sah2 mengatakan bahawasanya benda ini semua adalah KHURAFAT.

Jika apa yg menimpa kita sekali pun yg ada sangkut paut dgn msg berantai, itu sebenarnya adalah secara kebetulan. Allah nk menguji setakat maka kepercayaan kita..teguhnya iman kita kepada Dia Yang Maha Esa. Semua ini jua adalah mainan syaitan laknatullah yg bertujuan nk menyesatkan umat manusia. Jadi jangan lah terlalu taksub dan percaya pada benda2 yg boleh mengikis kepercayaan kita dan mengundang gelak tawa iblis syaitan sbb telah berjaya memperdayakan manusia.

Kadang2 rasa marah jua ngan si pengirim msg sebegini rupa....membuak2 rasa amarah cuma xsampai lg sumpah seranah sebab memikirkan yg mengirimkan msg sebegini rupa itu adalah sahabat, rakan, teman....Maka saya luahkan disini. Benda itu semua adalah KHURAFAT...fahamilah ia sahabat2 semua....KHURAFAT!!!!!!!. Saya xpandai nk berhujah panjang takut nanti fakta2 saya ada yg salah sbb saya bukan tergolong dalam kalangan yg bijak pandai ilmu agama, tetapi sekadar satu perkongsian dan memberikan kesedaran kpd sahabat2 semua berdasarkan ilmu saya yg cetek tp insya Allah masih dilandasan yg betul. Jangan takut..ragu...gentar dgn msg berantai ini. Letakkan kepercayaan kita 100% pada ALLAH s.w.t maka akan terbentang hijab yg menutupi mata memandu kita ke arah jalan yg benar lg lurus...insya Allah. Sesungguhnya apa yg baik itu datangnya drpd ALLAH s.w.t dan sebaliknya itu adalah kelemahan kita sebagai hambanya yg serba kekurangan. Wassaalam....






Ahad, 5 Disember 2010

SeJUK....


Assalamualaikum...

Sekarang ni cuaca di kg ohhhhhhhhhhhhh sangat ler sejuk sbb musim hujan, mengalahkan dok Cameron Highland. Nak mandi punya ler siksa, mandi air telaga beb...bertambah2 ler kesejukannya. Dok berbungkus ngan baju sejuk n stokin 24jam, cam org berpantang lps bersalin jer ghupanya hehehhehe.

Xleh menjalankan sebarang aktiviti outdoor sbb cuaca yg xmenentu, kejap hujan renyai2 pastu panas suam2 kuku n tetiba hujan lebat. So dok melepak lam umh lg best :))) tp bila tgk gambar kekwn g jalan2 sana sini situ...teringin lak nk g bercuti. Emmmm tp tulah masalah problemnya, bab nk organise tu fail...kalau org lain organise kita cuma ikut jer okessss..on :)).

Teringin nk g pulau sbb xpernah sampai mana2 pulau. Bestnya main air yg jernih kebiruan n pasir putih terhampar, dah mula terbayang2 dah ni.

Oklah dulu yer..dah xsabar nk berbungkus lam selimut n tido. Bestnya tido sejuk2 nih :))). Selamat malam semua...wassalam.




Jumaat, 26 November 2010

BeRSaWaNG SuDaH...


Salam....
Sudah lama meninggalkan ruangan ini sampai dah brsawanglah sudah :))). Bukan kerana kesibukan, bukan jua sbb kemalasan melanda n bukan jua sbb xder idea. Tapi bila baca macam2 rencana di FB yg mmg xboleh kita percaya 100% tp xboleh juga nk diabaikan jadi diblog ini pun saya terhadkan stori mori n gambar2 yg mmg kalau boleh nk dikongsi bersama kkwn yg mnjenguk blog saya ni. Tapi bila fikirkan tentang dunia tanpa sempadan n semuanya dihujung jari jd terpaksa ler saya terhadkan semuanya.

Saya pun bukan blogger tegar punya hehehe...sekadar suka2 nk mencoretkan rasa hati, pengalaman n berkongsi suka duka. Banyak sebenarnya aktiviti di penghujung tahun tp sayangnya sudah tiada keberanian untuk berkongsi pengalaman ngan gambar2 itusss. Hanya di FB sbb kt sana hanya tuk tatapan kkwan yg saya kenal sahaja.

Sekarang ni sdg bercuti so xder aktiviti melainkan makan..tido...makan...tido :)))). Oklah, rasanya setakat ini sahaja yer coretan kali ini. Sekadar nk 'membersihkan' sawang2 yg bersarang di laman sesawang saya ni jer :)))). Wassalam....

Selasa, 19 Oktober 2010

DuNia aKHiR ZaMaN....


SaLaM....
Sudah lama tidak meninggalkan jejak di sini lantaran kekangan masa. Namun malam ini terasa ingin meluahkan rasa hati, berkongsi pengalaman dan bersama kita fikir-fikirkan. DuNia aKHiR ZaMaN....terasa tersiat hati bila terkenangkan peristiwa yg berlaku sepanjang hari di sekolah. Bukan kerana hati dilukai kerana pelajar sewenang2nya berlagak bodoh sombong, kurang ajar dan kurang budi pekerti dalam menuntut ilmu, bukan jua terasa hati bila ibu bapa datang mempersoalkan tindakan guru terhadap anak mereka...kerana kami sedar kami jua manusia yg tentunya ada 1001 kekurangan.

Namun yg tersiat hati ini bila generasi peneraju masa depan galak memuja duniawi semata tanpa sedar akhirat itu sesuatu yg pasti. Panjang lebar mukaddimah, sebolehnya ingin mencoretkan sebaik2 perkataan agar tidak terlalu terikut2 emosi. Ceritanya bermula bila dihening pagi kami dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar perempuan diserang histeria. Kebelakangan ini memang kerap berlaku pelajar diserang histeria tetapi terkawal dan sekadar tangisan serta pelajar yg pengsan sahaja. Entah kenapa hari ini serangannya agak diluar kawalan bila ianya berjangkit. Dari seorang menjadi 3, dari 3 akhirnya menjadi lebih kurang 25orang atau lebih.

Apa yg dikesalkan sebenarnya, dalam kekalutan guru dan pelajar2 menolong mereka yg terkena histeria dan pelajar2 yg menangis ketakutan (pelajar perempuan), sebilangan pelajar lelaki @ selayaknya digelarkan JANTAN bersiulan gembira dan menganjing2 kan pelajar2 tersebut layaknya seperti anjing. Menjerit, melolong, ketawa.......masya Allah, astagfirulallahalazim......terasa tercabar kewibawaan sebagai umat islam kerana mereka2 ini adalah dikalangan umat islam. Tidakkan mereka bersimpati dengan nasib sahabat sendiri yg ditimpa musibah...tapi yg berlaku, mereka berpesta berkejar kesana sini melihat rakan2 yg menjerit, menendang2, mengelupur....hanya satu tujuan. Sama2 meyambung jerit pekit rakan yg diserang histeria dan ketawa sesama mereka. Ya Allah....bukakanlah hijab hitam yg menyelubungi hati mereka ini yg bakal menjadi peneraju masa hadapan, yg bakal menjadi pemimpin keluarga, pemimpin negara.

Bukan ingin meringankan beban dengan membaca barang sepotong ayat al-quran... malahan menambahkan lagi bilangan pelajar yg diserang histeria kerana perbuatan mereka. Mereka seolah2 menyeru hantu syaitan dengan lolongan, siulan dan gelak mereka itu.Dunia akhir zaman.......Terlafaz jua kemarahan pada mereka ini namun cepat2 sedarkan diri sbb amarah itu bakal mengundang lagi kegembiraan iblis syaitan.

Bagaimana mahu menjadi pemimpin keluarga kelak jika sedemikian rupa perangainya.... sudahlah ilmu dunia cetak, ilmu akhirat langsung tiada yg berbekas di hati....masya Allah. Tidak terluah sesalan di hati sebab sedar kekurangan diri yg ilmu agama bukan tinggi menggunung, iman senipis kulit bawang namun bersyukur yg amat sekurang2nya ibu bapa saya telah memberikan saya ruang untuk mendalami ilmu agama utk menjadi benteng diri. Kiamat sudah dekat....itulah hakikatnya walaupun saya sendiri belum penuh ilmu di dada untuk menghadapi hari perhintungan kelak. Semoga Allah menerangi hati mereka yang kelam dan gelap gelita ini. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka, ibu bapa mereka serta kami semua selaku pendidik mereka....amin.




Rabu, 6 Oktober 2010

SHaRiNG iS CaRiNG.....

JODOH


“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan” Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinanberlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga.

ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil

iii. Pasangan ideal dalam erti;- bersikap baik terhadap isteri- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat- menerima kekurangan dan kelemahan isteri- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu- dapat menjaga kewibawaan isteri- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri

iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak

v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Memang rumit membahas perkara berkaitan ketentuan dan usaha yang perlu manusia lakukan dalam membentuk sebuah ketentuan. Dalam kata lain, Ketetapan atau ketentuan Allah SWT telah termaktub sejak azali lagi. Manusia pula yang meyakini hal ini kadang-kadang lupa sehingga terlalu hanyut dalam kemampuan dan usaha sendiri sehingga dengan sengaja atau pun tidak, sedar atau pun tidak, mereka melanggar batasan-batasan Allah.

Jika kita yakin bahawa jodoh di tangan Allah, mengapa perlu kita berusaha sehingga melanggar batasan yang telah Allah tetapkan. Pada akhirnya apa yang berlaku semuanya tetap merupakan ketentuan Allah. Bezanya, apa yang terjadi kepada mereka yang mengutamakan batasan-batasan Allah mendapat jaminan pahala dan syurga sedangkan mereka yang gagal menjemput ketetapan dengan mentaati batasan-batasan itu akan menanggung akibat kebinasaan yang akan menjadi penyesalan. Penyesalan yang tiada kesudahan.

Urusan jodoh adalah salah satu sampel nyata yang dapat melatih manusia untuk menggabungkan usaha manusiawi dan tawakkal (penyerahan diri) kepada Allah SWT. Bagaimana ia dilaksanakan? Persoalan yang sukar dijawap dengan tulisan bahkan sukar juga untuk dijawab dengan berbahasan.

Maha Suci Allah SWT yang telah memilih hambaNya sebagai wasilah kepada kebaikan. Maha Besar Allah mengurniakan imajinasi dan ketajaman pandangan seorang hambaNya sehingga karyanya mampu menterjemahkan sedikit sebanyak realiti mengenai takdir, khususnya yang berkaitan dengan jodoh.

Hamba Allah yang saya maksud itu adalah penulis yang namanya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia dan Indonesia. Beliau adalah Ustaz Habiburrahman Al-Shirazy. Novelnya telah meletup berkali-kali di pasaran Indonesia dan Malaysia. Ustaz Habiburrahman dalam filemnya Ketika Cinta Bertasbih berjaya merungkai permasalahan jodoh dengan menghadirkan beberapa bentuk konflik seputar topik itu. Perceraian, poligami, khitbah (lamaran), perkahwinan yang dirancang keluarga, kebebasan memilih pasangan, persyaratan dalam pernikahan, orang tengah, wali dan sebagainya berjaya disampaikan dengan baik melalui filem ini.

Perceraian antara Anna dan suaminya Furqan adalah sebuah penyelesaian yang sangat wajar ditempuh bagi konflik yang menimpa mereka. Perceraian yang Allah SWT perbolehkan itu berjaya diungkapkan sebagai ‘rahmat’ kepada Anna. Khitbah atau lamaran. Dalam Islam ketika seseorang telah dilamar oleh seseorang, maka orang yang telah dilamar itu tidak boleh menerima lamaran orang lain sebelum urusan dan tindak lanjut dari lamaran pertama tadi diselesaikan. Hal ini jelas disampaikan ketika Azam yang sedang sakit membebaskan Vivi dari lamaran yang telah diajukannya. Kesannya, Vivi bebas untuk menikah atau dinikahkan kepada orang lain.

Ketika Cinta Bertasbih ini juga berjaya mempromosikan beberapa cara yang sihat lagi suci dalam mencari pasangan hidup atau mencarikan pasang hidup untuk orang lain. Babak Husna mencarikan jodoh untuk abangnya Azam, atau babak tetangganya memperkenalkan Vivi dan babak Azam meminta Kiai Luthfi mencarikan jodohnya adalah antara contoh yang sangat baik dan sihat yang memang perlu dibudayakan oleh masyarakat. Bahkan babak Pak (Namanya saya lupa pulak) yang menawarkan anak perempuannya kepada Azam adalah contoh yang sangat baik juga untuk dibudayakan dalam masyarakat kita.



Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu..



Ya, Allah..
Sekiranya dia adalah jodohku..
Dekatkanlah aku dengannya..
Sekiranya dia bukan jodohku dan akan memudaratkan diri
Jauhilah diriku dari dia..




P/S : kongsi ilmu drpd sumber FB ustaz aldi mustaffa.



Rabu, 25 Ogos 2010

JODOH.....



Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..


"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput dibumi."


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal sepertiitu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"
Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`




Isnin, 9 Ogos 2010

KeK CoKLaT LeMBaB...

SaLaM...
Dalam mood kerajinan maka terhasilah sebiji kek coklat lembab seperti yg dijanji2kan. Oh sangat sedap kek itus, xmuak..lembab2 basah n cukup rasa semuanya. Naik ngan cantik sekali selepas dikukus lebih kurang 50minit. Sangat gumbira ngan percubaan pertama menggunakan tepung kek segera :)))). Siap hias2 lagi ngan coklat cair n coklat rice. Ingat nk hias ngan strawbery adonyer tp sbb xsempat nk petik kt TeSCo makanya hanya dihiasi ngan epal ajo lah.

Sebelum di kukus..

Selepas siap dikukus....mmg kus semangat :)

Dan....selepas siap dihias2 bagai....


Hari ni bawak ke sekolah agih sikit2 kt kekwn kiri kanan nih. Tp ada gak yg xmalu nk gak rasa.....eeeeeeeeeeeeeeeeee nyampah tau, siapa lg kalau bukan si bun....Siap2 buat statement "naper dia buat kek, ada apa2 ker?. Banyak sangat ke duit dia???"...Hahahahhahaa mak mmg banyak duit okesssss...hang tu yg kedekut taik idung masing. Kek nya sikit ajer, jd bg kt kawan2 rapat ajer lah, tp si bun.... tu mintak ngan sorang kawan nk gak rasa katanya. Apa motif.....mak x amik kisah!!!!!!

Memandangkan percubaan pertama berjaya, maka dengan itu akan ada percubaan yg seterusnya di hari raya nanti :)))). Sangat gumbira........

Wassalam.....




Isnin, 26 Julai 2010

TaHaJJuD CiNTa....


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya tunjukkku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan tetap pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira perit pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga

terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cibta yg ku damba
tiada yg sempurna hanyalah fana
Tuhan....ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yg lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dapat ku dengar selimut syurga

Ya Tuhanku...hanya pada-Mu
tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasih mu
Dalam tahajjud Cinta bersujud



Ahad, 31 Januari 2010

MiNNie...PooH...StiCH...

SaLaM....
Hari minggu kepala saya naik pening dok asyik kira kepala so ari ni terus demam. Malam tadi mmg dah rasa xsedap badan asyik batuk, sakit tekak n kepala pusing2 so kul 9.30mlm dah masuk tido xsentuh langsung HEADCOUNT. Hari ni bangun lam kul 9.30 pagi (bendera merah) terus mandi2 n masuk dapur coz dah janji saya yg masak. Tapi sebab ngan keadaan yg batuk2 n pening saya jadi ketua chef jer lah nita n noti yg buat hehehehe...seronokkan ada housemate yg memahami n baik ati.

Lepas jer makan, layan tv jap saya sambung tido lg coz xtahan kepala pusing2 n tersedar bila noti call bgtau nk kua g GIANT. Ghupanya saya dah tido dekat 5jam...kul 12 tido bangun kul 4ptg huhuhu bagus tul ank dara nih. Xdpt join noti n nita coz xlarat sgt so dok umh jer lah.

Masa noti n nita balik....JENG...JENG...JENG...hehehehe dapat adiah@buah tangan. SUKERRRRRRRRRRRR...kami jd cam bebudak balik. Tgk ler apa yg noti n nita beli...untuk saya pun ada....TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

walaupun sekecil ini tp saya sgt2 menghargai n gumbira sgt coz kekwn still ingat kat saya....love u guys so much....TQ noti n nita :)
MiNNie (Noti)..PooH (ayu)...STiCH (Nita)


Xleh nk ngadap lappy lama2 kepala dah pusing lagi....dah makin tua agaknya hua hua hua. Opppssss baru nk masuk 19 tahun.................. plus 10. Minta diri dulu k...wassalam

"FRIENDSHIP IS FOREVER N NEVER CAN END"


Selasa, 5 Januari 2010

PiSaNG DaN HaTi....


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.