Isnin, 6 Disember 2010

SMS BeRaNTai....


Assalamualaikum.....

Pernah tak kamu terima msg sms berantai...." bla bla bla...kirimkan kpd 9 rakan anda dan esok anda akan terima berita gembira. Siapa yg tidak menghiraukan msg ini maka akan mendapat nasib buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9sen kerana Allah......bla bla bla...". Sangat mendukacitakan bg sesiapa yg masih percayakan benda2 KHURAFAT seperti ini yg mmg telah terbukti dan diperdebatkan sejak zaman dulu2 kala lg yg sah2 mengatakan bahawasanya benda ini semua adalah KHURAFAT.

Jika apa yg menimpa kita sekali pun yg ada sangkut paut dgn msg berantai, itu sebenarnya adalah secara kebetulan. Allah nk menguji setakat maka kepercayaan kita..teguhnya iman kita kepada Dia Yang Maha Esa. Semua ini jua adalah mainan syaitan laknatullah yg bertujuan nk menyesatkan umat manusia. Jadi jangan lah terlalu taksub dan percaya pada benda2 yg boleh mengikis kepercayaan kita dan mengundang gelak tawa iblis syaitan sbb telah berjaya memperdayakan manusia.

Kadang2 rasa marah jua ngan si pengirim msg sebegini rupa....membuak2 rasa amarah cuma xsampai lg sumpah seranah sebab memikirkan yg mengirimkan msg sebegini rupa itu adalah sahabat, rakan, teman....Maka saya luahkan disini. Benda itu semua adalah KHURAFAT...fahamilah ia sahabat2 semua....KHURAFAT!!!!!!!. Saya xpandai nk berhujah panjang takut nanti fakta2 saya ada yg salah sbb saya bukan tergolong dalam kalangan yg bijak pandai ilmu agama, tetapi sekadar satu perkongsian dan memberikan kesedaran kpd sahabat2 semua berdasarkan ilmu saya yg cetek tp insya Allah masih dilandasan yg betul. Jangan takut..ragu...gentar dgn msg berantai ini. Letakkan kepercayaan kita 100% pada ALLAH s.w.t maka akan terbentang hijab yg menutupi mata memandu kita ke arah jalan yg benar lg lurus...insya Allah. Sesungguhnya apa yg baik itu datangnya drpd ALLAH s.w.t dan sebaliknya itu adalah kelemahan kita sebagai hambanya yg serba kekurangan. Wassaalam....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan