Ahad, 13 Mac 2011

SeKaDaR PeRKoNGSiaN...


Assalamualaikum.....

Tetiba saya nak mengulas tentang sebuah drama yg pernah saya tengok di TV3. Sangat berkesan dihati saya sbnrnya terutama satu babak dimana seorang suami/bapa yg hidup dlm kemiskinan tapi kuat berusaha dan patuh pada ajaran agama telah memohon dlm solatnya. Pohonnya pada Allah s.w.t..."....berikanlah aku kesenangan/kekayaan walaupun hanya sekejap..". Allah makbulkan doa hamba ini tp disertakan sekali dengan ujian. Xpayah saya ceritakan lebih lanjut sbb apa yg ingin saya kongsikan sebenarnya berkaitan dengan doa yg kita panjatkan pada Allah s.w.t. Doa2 tersebut didengari dan ada yg telah pun Allah kabulkan tanpa kita sedari.

Saya lantas teringat setiap doa tentang jodoh yg saya pohon pada Allah s.w.t. Dan saya kaitkan dengan apa yg telah saya lalui dlm proses untuk mencari pasangan hidup. Alhamdulillah, bersyukur saya pada Allah s.w.t...bukan mahu mengatakan bahawa calon2 yg dtg itu tidak beriman, tidak beragama tp sesungguhnya Allah mahu berikan yg terbaik sebagaimana yg saya pohon pada-NYa. Allah s.w.t sesungguhnya tidak pernah menganiaya hamba-Nya, melainkan diturunkan setiap sesuatu itu dengan sebab dan alasan tetentu disertakan dengan hikmah disebaliknya.

Lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik.....itu janji Allah. Untuk mendapatkan yg terbaik, saya mesti menjadi yg terbaik. Untuk mendapat lelaki yg soleh, saya mesti jadi solehah. Jika yg berlaku adalah sebaliknya....itu adalah ujian yg disertakan dgn hikmah disebaliknya. Bersangka baiklah dengan Allah s.w.t sbb Dia Tuhan Yang Satu tiada duanya, Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Yang Maha Mengetahui tentang segala yg tersurat mahupun yg tersirat.

Sesungguhnya apa yg baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yg sebaliknya itu adalah kelemahan saya. Wassalam......



..DeMi KePeNTiNGaN SeKoLaH.......


Assalamaualaikum......

Pepagi lagi terus nak berblog okessss....biasa2 sibuk memanjang, idea nak mengarang pun kering bila kepenatan melanda. Tapi memandangkan sekarang cuti sekolah yg aktivitinya xder lain makan tido, baring kuak lentang, ngadap lappy n tv 24/7 hehehehehe so idea mencurah2 minta diluahkan. Kat mana lagi kalau bukan disini :)))

Okesss start mengayam ketupat basi.....

Alkisah dipagi yang suam2 kuku n lagi ler suram.....

Tempat : Dataran perhimpunan

Si Pemasang Aircond : Bla bla bla.....saya xbalik kg demi kepentingan sekolah sbb nak ........bla bla bla...

Wahahahahahahahaha cam telinga masing2 nak bernanah ajer terus nak kua darah tang2 tu jugak. Wah kuat betul ler aircond dipagi2 hari telah dipasang. Punya ler pasang aircond, tp membuatkan yg lain2 panasssssssssssssssssss jer. Adusss susah betul ler kalau ada kaki kipas nih....ehhh silap kalau ada si pemasang aircond.

Bukan apa yer, si pemasang aircond nih punya ler busuk hatinya sampaikan suka ngadu ngan org atasan sal kekwn lain yg kunun2 xbuat kerja. Hellooooooooo....cam ler kitaorg xtahu, hang tu skadar berlagak baik, cam buat kerja yg banyak tapi semua lakonan depan org atasan. Belakang........

Senario pertama :

Budak A : ........semua dah ada kt padang......
SPA : Pergi buat warming up dulu...' (sejam kemudian masih ditempat yg sama) Rasanya bebudak yg buat warming up pun dah xberapa nak warm, dah jadi hot then tukar jadi hulk.

Senario kedua :
Pengumuman 'setiap pagi'.....setiap pagi okesss nak buat pengumuman...takut org atasan xtahu dia buat overtime hari2.

SPA : Kepada............jangan lupa hari ni ada ............pukul.......

Pukul yg dijanjikan............... budak2 dah datang, dia dok lepak2 lagi. Sampai dah bosan lepak baru nak jengah bebudak, nengok2 drpd 10 dah kurang separuh. Pastu lam meeting sibuk dok tunding jari kata budak2 dia xmasuk acara dia coz dok main2 tempat acara lain yg tenaga pengajarnya mmg ada lebih awal drpd masa yg dijanjikan. Hangin tak........dia yg tergedik2 terhegeh2 cam itik gembo2 pastu nak salahkan org lak.

Memang begitu ler senario si pemasang aircond sampaikan mmg xder sapa yg nak dekat takut sejuk beku, silap2 bertukar jadi panas membahang...xpasal2 hangus terbakar si pemasang aircond kena sembur. So jadi kera sumbang ler si pemasang aircond...tp sebab cita2 tinggi melanggit dia mmg xkisah, asal dapat naik secepat yg mungkin. Dia xtahu kita ada sistem.......nak naik bukan kena pasang aircond ajer, ada kriteria2 tertentu, tambah2 si pemasang aircond nih lam kategori OKU hahahahahahhaha....tp xdiiktiraf OKU ler hehehehehehe....kes yg ini biarlah rahsia.

Macam2 ragam manusia......yg xcukup cemerlang, sibuk nak mintak diiktirafkan sbg org yg cemerlang. Yang betul2 cemerlang pulak, kalau boleh xnak diiktiraf cemerlang tiap2 tahun takut org kata gila kuasa. Oppssss...si pemasang aircond tuh siap mintak okesss tuk diiktiraf sbg....................... dlm satu majlis. Siap boleh pergi tanya org atasan naper org tu dapat pengiktirafan sbg............ tp dia xdapat. Kuang3......boleh ekkkk kita mintak2, hahahhahahahahaha xmalu betul ler.

Oklah...kalau nak diceritakan sal si pemasang aircond nih, 40hari 40malam belum tentu abis. Banyak kisah yg kelakau xmasuk akal terjadi tp sbb dia OKU jadi layan jerrrrrr ...hahahahahahahahahahaa.

Wassalam........





Sabtu, 12 Mac 2011

BiLa TaK BaLiK KaMPuNG..


Assalamualaikum.....

Mati kutu rasanya dok kat umh...xtahu kat mana nak mula membuat kerja sekolah huhuhuhu. Ini semua gara2 kepala otak dok teringatkan kampung halaman. Adussss sungguh stressss...dok pikir kalau balik kg, masa ni dah sampai kt umh, esok pagi leh makan nasi belauk, nasi kerahu huhuhuhuhu sedihnya. Kuatkan semangat ayu...kuatkan semangat.

Kalau ikut2kan hati mmg pagi2 esok terus aje pecut balik kg, bukan kena beli tiket pun. Tapi emmmmmmm.....entah ler, bila pikirkan kepenatan bawak kete sorang2 :((((. Bak kata hmate yg dah pun selamat balik kg naik bas, lain kali kita jangan berangan xnak balik kampung. Cuti ajer mesti zasss balik kampung.....yup setuju hhehehehee.

Takpe2...kali ni cuba menikmati cuti sekolah di kawasan berhampiran sekolah. Semuanya 'demi kepentingan sekolah'....hahahhahaha. Ada stori mori disebalik slogan ini, insya allah akan diceritakan bila ada mood yg membara2 :)).

Oklah, masa tuk g berfoya2 hehehehhe. Cuti2 nak masak pun malas yg amat, so g makan kt kedai jer ler maknanya sesambil cuci mata :). Wassalam.....





Guru.... Bukan bermula 7:30, berakhir 1:30....


SEORANG GURU BIASA


1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan



* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

Hak milik asal: Intan Jesshiella
Perkongsian daripada : FaceBook



Sekadar berkongsi :

Khamis, 10 Mac 2011

BeRMaLaS-MaLaSaN.....


Assalamualaikum.....

Sekarang ni mmg sangat2 malas nak buat kerja sekolah kat umh. Bertambah2 malas bila beli sofa baru n letak lak ngadap tb baru yg slim n besau itussssss. Pastu depan sofa ada meja tuk parking ferrari i.....hahahhahahaha makin gila malas..malas gila...sbb leh bermalas-malasan atas sofa sambil kuak lentang bagai + tengok tb besau + layan FB...mabelessss.

Balik2 sekolah terus parking baik punya atas sofa, rehat2kan diri jap, makan nasi yg dah siap beli masa balik sek, solat pastu terus buka lappy. Kalau ala-ala rajin gitu, buat ler kerja yang ado...kalau tak mmg ngadap FB jer ler manjang hehhehehehehe. Lagi satu sebab naper saya malas nak buat kerja sekolah....sbb saya xbalik kg cuti sek minggu depan buat kali pertamanya setelah 7tahun disini huhuhuhhhu......diulang suara, buat kali pertama okesss.

Saya sangat penat untuk drive sesorang...maklumler umur dan makin bertambah hahahhahahahahaha. So saya ada masa seminggu tuk buat apa yg patut sambil guling2 depan lappy n tb :)))). Tapi kan kan....abang yg kt perak n puchong n kakak yg kt serdang balik huhuhuhu.....kakak kt kg lak naik umh baru n nak buat makan2, maknanya fmly semua berkumpul together2 ....waaaaaaaaaaaaa.....berbelah bahagi tp......

Dah calling mak bgtau n mak pun xkisah sbb masa blk CNY ari tu mmg terpancar kepenatan yg teramat. Sampai umh ajer ari tu, peluk cium mak ayah, angkat barang, lepak jap seminit dua pastu konon2 nak masuk bilik tuk rehatkan badan. Sekali terus tertido sampai kul 8mlm, bangun sbb mak kejutkan tuk makan tp xlarat sgt sambung tido lagi sampai kul 10mlm. Ayah dah risau nengok anak dara xkua2 bilik....suh mak g kejutkan lagi skali. Penat okesss drive 12jam sesorang huhuhu.....begini lah nasib, diriku diperantauan ohoooooooo :).

Oklah mata dah ngantuk sbb dr tadi dok ngadap lappy. Best dok baca ceritera kekwn blog sbb dah lama jarang berkunjung. Macam2 cerita suka duka....semuanya asam garam kehidupan yg boleh dijadikan panduan hidup. Yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan. Wassalam......





Ahad, 6 Mac 2011

KaMeRa MeRaH iTu......


Assalamualaikum......

Sudah lama saya xupload gambar kan kan. Sebenarnya kamera saya yg merah menyala itu sudah rosak...katanya lens kamera tuh yg rosak, boleh rakam video ajer tp xleh amik gambar huhuhuhu. Kalau nak tukar lens RM 3++...adus duit lagi. Sekarang kalau bergambar, menumpang kamera org lain huuhuhu sgt sedih.

Buat masa ni xder niat nak beli baru ker nak g baiki...biar lah dulu ( ngan muka sedih..)

Wassalam......



Rabu, 2 Mac 2011

SuDaH 7 TaHuN.....


Assalamualaikum.....

Sudah hari ke dua di bulan Mac, maknanya sudah 7tahun 1hari saya bergelar CIKGU AYU :))). Semakin hari semakin matang...semakin banyak pengalaman ditimba....semakin bertambah ilmu didada....semakin panjang berjela kisah suka bersulam duka...semakin hebat cabaran dan rintangan...semakin tabah menghadapi liku-liku hidup....dan semakin bertambah usia :))))).

Mahu mengimbas kembali memori suka duka selama 7 tahun bergelar CIKGU AYU. Namun apakan daya mata makin memberat, idea makin menjauh, fikiran terus-terusan melayang mahu hinggap pada bantal. Sudahnya...........terpaksa merehatkan minda agar esok dapat terus berkhidmat tuk anak bangsa tanpa perasaan letih lesu hehehehehehe...

Selamat malam semua yer...moga hari esok dan seterusnya adalah hari-hari yang lebih baik daripada hari semalam. Wassalam.....






BLoG WaLKiNG....