Ahad, 9 Januari 2011

BaCaLaH MaRi MeMBaCa....

Assalamualaikum.......

Ambil masa jap tuk membuat contengan disini :))). Hari ni nak stori mori sal hobi...hahahahhaa, sbbnya kalau tanya sal hobi paling ramai mesti buat menbaca. Yup..me to, ok apakan..membaca menambahkan ilmu. Kenapa ramai sekarang pelajar2 gagal subjek bahasa melayu walaupun mmg sah2 anak jati melayu. Sebabnya hanya satu...kurangnya membaca.

Kalau dulu masa saya mengajar BM tingkatan 1, stress sungguh menghadapi pelajar kalau disuruh membuat karangan. Sekadar satu ayat, lepas tu dah blank...xtahu nk huraikan dengan lebih lanjut sedangkan tajuknya sgt ler senang. Benda yang memang kita hadapi hari2. Tak masuk lagi tang menanda....adusssss mmg parah bebudak sekarang.

Masa saya sekolah dulu mmg cikgu2 suruh membaca banyak2 tuk mahir lam penulisan BM, tp sekarang cikgu dah hadapkan ngan karangan fotostat suh mereka baca, salin lagi supaya melekat tp sayangnya mereka sekadar salin tp xmembaca. Nak suruh beli majalah, suratkhabar....adusss mmg berzaman ler. Mereka lebih suka duit tu beli prepaid. Susah betul anak2 sekarang, terlalu manja. Hmate saya ngajar pelajar sek ren, so ada gak saya tanya masa sek rendah dah diajar ker tidak penulisan. Mestinya sudah tp entah kenapa ler mereka sukar sekali nk membuat karangan. Kadang2 tu ada yg xtahu kena buat berapa perenggan. Petuanya cuma satu sahaja, banyakkan membaca tak kira walaupun cerita2 dongeng, cerpen ringkas atau suratkhabar. Semua tu membantu dalam penulisan kita.

Wah wah wah dah jauh berceloteh hehehehehe. Sebenarnya nak bercerita sal saya nih baru jer berjaya membaca buku cerita yg tebal n rupanya cam kitab :). Baca lam 2 malam berturut2 sebelum tido, bersungguh2 baca sbb cerita dia best. Cerita sal 2org budak yg bertukar tempat sbb masing2 nak merasa menjadi seperti yg sebaliknya. Seorang anak raja n seorang lagi fakir miskin yg mempunyai paras rupa yg sama. Buku cerita yg bertajuk 'Anak Raja dengan Anak Papa' ini asalnya ialah cerita dalam bahasa inggeris yg bertajuk "The Prince and The Pauper" karangan pengarang Amerika yg terkenal dengan nama Mark Twain dan telah diterjemahkan oleh Pendeta Za'ba.



Masa cuti sekolah hari tu saya mengadap novel tulisan Ramli Awang Murshid. Ada 2 buah novel yg setiap satunya ada 3 siri. Ditambah lagi novel2 lain...semuanya kepunyaan adik saya yg saya pulun baca. Seronok dapat meluangkan masa ngan membaca.

Oklah itu ajer sedikit sebanyak cerita yg nak dikongsikan tuk hari ini. Wassalam.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan