Selasa, 12 April 2011

SeDiH..MaRaH...GuMBiRa...


Assalamualaikum.....

Diari hari ini

6.45 - sampai sek
7-7.30 - kawalan pelajar di dataran perhimpunan
7.30-8.10 - kelas
8.10-8.50 - sarapan pagi ngan gopoh gapah cam nak tercekik sbb nak buat persiapan tuk amali di makmal ngan pelajar
8.50-10.10 - kelas di makmal ( amali sains )
10.10-10.30 - btugas d kantin
10.30-11.10 - dlm bilik guru ( non-teaching time )
11.10-1.10 - kelas
1.10-1.30 - dlm bilik guru ( non-teaching time )
1.50-2.15 - solat
2.20-2.40 - jaga pagar ( berdiri bawah pokok tgh panas terik sampai ketiak pun berpeluh2...)
3.00 - meeting guru.......

ulasan pengetua: tiada guru bertugas emmmmmmmmmm......

Sabar ler hati...sabarrrrrrrrrrrrrrrr....

Iklas...mmg masa menjalankan tugas tu buat sbb tanggungjawab dan amanah dengan keiklasan hati sbb bekerja sepasukan. Dapat pulak ahli pasukan yang bagus2...alhamdulillah. Tapi hati manusia ni, tambah2 yang bernama CiKGu AYu ni mmg bukan mempunyai kesabaran yang tinggi.....xyah cerita apa yg jadi bila tahap kesabaran menurun.

Kecewa hati terubat sedikit dengan berita gumbira selepas berkhidmat selama 7tahun sebagai CiKGu.....

Pengetua : Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 ..CiKGu Ayu.......
Alhamdulillah, rezeki jgn ditolak.....musuh jgn dicari. Org memberi...kita menerima.

" Ya Tuhanku, jgn Engkau memberikan kpdku dr kenikmatan dunia yang terlalu banyak agar aku tidak melampaui batas laranganMU.. Jgn pula terlalu sedikit sehingga aku lupa kepadaMu. Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi, LEBIH BAIK bagiku daripada yang banyak tetapi melalaikan.♥ Amin "





4 ulasan: