Rabu, 29 April 2009

Cikgu oh cikgu...

Ini hanyalah sekadar pandangan saya dr sudut seorang guru. Di mana2 pun kita terikat dengan peraturan hatta hendak ke toilet skali pun. Di sekolah saya terdapat seramai seribu lebih pelajar. Ada antaranya adik beradik jd anggaran ibu bapa pelajar adalah lebih kurang 3-4ratus org. Guru di sek jum nya 60l ebih. Bukan jumlah guru atau ibu bapa yg ingin diperkatakan tapi hanya tentang isu pintu pagar sekolah.

Biasanya pintu pagar pelajar akan ditutup pada pukul 7.15 pg dan pelajar perlu menggunakan pintu pagar utama dengan pgawasan guru dan pengawas2 sekolah. Pernah beberapa kali guru dan pengawas dimarahi oleh ibu bapa yang mhantar anak ke sek kerana ank mereka diambil namanya kerana datang lewat bukannya dirotan. Alasan ibu bapa pelajar tersebut, masa masih terlalu awal jd bukan salah anaknya datang lambat. Memang kelas bermula pada pukul 7.30 pagi tp pelajar dikehendaki beratur seawal jam 7.20 untuk dicatat kehadiran dan mdengar pengumuman oleh guru2. Itu adalah peraturan sekolah yg telah pun diketahui oleh para pelajar seawal mereka menjejakkan kaki ke sek ini.

Memandangkan peraturan itu kita yang tetapkan jadi atas sebab kita menghargai ibu bapa yg "memberi pandangan dengan penuh berhemah tu" , jadi pihak sekolah lewatkan sikit waktu sehingga 7.25 pg. Selang seminggu leps tu, ada lg ibu bapa yg tel pihak sek marah2kan cikgu. Kenapa....alasannya anaknya takut ke sekolah sbb ada cikgu yg jaga pintu pagar, jd anknya tak nak ke sekolah. Jadi cikgu2 memantau dr jauh xder lah menunggu depan pintu pagar. Ada lg rupanya ibu bapa yg tak puas hati. Kali ni kes nya, kenapa tiada guru yg menjaga pelajar di pintu pagar ....pulak.....Jadi bayangkan lah sekiranya anda ditempat kami sebagai guru, buat salah xbuat salah. Sama macam cerita seorang lelaki, ank dan seekor keldai tua. Sekiranya nk puaskan hati ibu bapa yg jumlahnya 3-4 ratus org mmg tidak mampu kami laksanakan melainkan ibu bapa bersama2 kami menyelesaikan masalah yg timbul bkn dgn tanpa perbincangan marah2 dan mpertikaikan setiap peraturan yg telah ditetapkan. Kami juga bhadapan dengan bukan 10 bkn 20 orang pelajar sehari tapi setiap hari seorang cikgu akan berurusan dgn lebih kurang 160 pelajar dengan 160 kerenah.

Tidak semua ibu bapa seperti yg saya sebutkan di atas tp sekiranya setiap peraturan dan urusan guru disekolah sering dipertikaikan oleh sesetengah ibu bapa dgn cara yg tidak sepatutnya, mcm mana kami nk menjalankan tugas kami dengan sebaik mungkin. Guru pada zaman sekarang bukan seperti guru pada 10 tahun dulu, bukan juga seperti guru 20 tahun dulu yg sentiasa mdapat sokongan penuh ibu bapa. Sebenarnya Guru jua manusia biasa yg banyak kelemahan. Kami juga melakukan kesalahan...maklum sajalah berurusan dengan pelajar2 zaman sekarang yg penuh dgn cabaran, kadang2 mgundang tekanan dan ketidakstabilan emosi. Ibu bapa jua kadang2 hilang pertimbangan bila bhadapan dengan kerenah anak2, jd itu lah yg kami hadapi sebagai guru/pendidik setiap hari selama 8jam bhadapan dengan pelajar2 tidak termasuk aktiviti selepas waktu sekolah.

Seperti yg saya katakan tadi, ini hanyalah pandangan saya dari sudut seorang guru. Sekiranya ada yg terguris hati membacanya, saya minta maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan