Khamis, 14 Mei 2009

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun dipilih sbgai hari meraikan guru2....sebagai cikgu, terselit rasa bangga terutama apabila mnyanyikan lagu kami guru Malaysia. Walaupun kadang2 tercalar hati dek kelakuan pelajar yg kadang kala melampau batasan sbg insan yg bergelar pelajar. Tapi itulah antara dugaan dan cabaran yg terpaksa kami hadapi sbg pendidik....manusia yang memanusiakan manusia.





Sajak Guru Oh Guru oleh Osman Awang...ditujukan untuk semua warga pendidik





Guru Oh Guru



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta


Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia


Jika hari ini seorang Peguam menang bicara


Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah


Jika hari ini seorang Penulis terkemuka


Jika hari ini seorang Doktor pakar segala


Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira


Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama


Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya


Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca






Tiada ulasan:

Catat Ulasan